28 April 2024

STATUS IRMA HASMIE JADI PERSOALAN - SUAMI KONGSI FOTO NIKAH BAHARU, DAPAT RESTU KELUARGA



Rumah tangga pelakon Irma Hasmie sebelum ini menjadi persoalan apabila sekitar Ogos tahun lalu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Irma dan suaminya itu diland@ bad@i selepas dilihat jarang memuat naik gambar bersama.
Bagaimanapun, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut serta tidak mahu bercakap mengenai soal peribadinya, sebaliknya dia berharap netizen tidak membuat andaian mengenai perkongsiannya di Instagram.

Terkini, tiada angin tiada ribut, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer mengejutkan ramai pihak apabila dia berkongsikan foto pernikahannya bersama wanita pilihan hati di Instagram (IG) miliknya.

Melihat pada hantaran tersebut, Redza menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

Kata Redza lagi, dia kini mahu memberi fokus kepada keluarga serta masa depan bersama isteri barunya itu.

Klik untuk gambar besar
"Bismillah. Perjalanan baru sudah bermula, akan lebih memberi fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian. Jazakumullahukahir untuk semua doa.

"Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Ameen" tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain yang turut memuat naik gambar ketika mengikat tali pertunangan, Redza memberitahu, hubungan tersebut mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.

"Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini... Let's make it pr0per," tulisnya.

Untuk makluman, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: