28 April 2024

REZEKI ANAK-ANAK - BELLA ASTILLAH MAHU FOKUS PADA KARIER, 'SHOW' DI CHINA



"Saya sekarang berada di China dah, dan sangat-sangat gembira untuk menunggu 'show' (persembahan) pada 30 April nanti untuk Cherry.
"Insya Allah, Bella akan terus buat kemas kini untuk kalian. Gementar, tapi pada masa sama teruja juga," kata pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi hantaran video terbaharu di Instagram Story miliknya, dimana dia kini berada Hangzhou, China.

Dikala dakwaan kisah skand@l suaminya, Aliff Aziz hangat dibicarakan di media sosial, namun Bella Astillah, 30, mahu memberi fokus pada kariernya apabila berada di China kerana mendapat tawaran membuat persembahan nyanyian pada 30 April ini.

Menerusi hantaran lain pula, Bella turut berkongsi video dia memprom0si pr0duk minuman kesihatan kepada pengikut media sosial, terutama wanita untuk mencari sumber pendapatan sebagai rakan niaga.

Video yang memaparkan rutin hariannya sebagai wanita berkerjaya dan ibu kepada dua cahaya mata itu, bagaimanapun tetap mempunyai masa menjaga penampilan peribadi serta mengutamakan kesihatan diri.

"Orang yang tengok, tidak sama dengan orang yang merasa. Terima kasih. Sumber rezeki Bella dan anak-anak Bella," tulisnya pada kapsyen video itu yang mendapat banyak maklum balas p0sitif netizen.

"Bella cukup fokus pada kerja dan keluarga, biar orang ketiga ditang@ni Sarah."

"Semoga Bella jadi ibu yang kaya raya, jangan toleh belakang!"

"Sayang awak! You're strong and never alone (Awak kuat dan tak pernah bersendirian)," antara komen-komen netizen yang diterima Bella.

Terdahulu, kem£lut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas penyanyi dan pelakon asal Singapura itu didakwa ditangk@p khalw@t bersama pelakon Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di ibu kota, pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu, namun ketika sebutan k£s pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella dan dibawa kepada laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), 4 Jun depan.

Untuk makluman, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pernah bercerai pada Mei 2019 kerana Aliff cur@ng.

Namun, mereka rujuk ketika masih idah. hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Baru-baru ini juga, tiba-tiba muncul seorang wanita dikenali Sarah Yasmine yang mengakui dia adalah 'kekasih gelap' kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Sehingga kini, Sarah menjadi indivudu 'hot' yang tampil dengan pelbagai dakwaan bukti memb@bitkan hubungan Aliff bersama pelakon wanita tempatan seperti Ruhainies dan Sophia Albarakbah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: