09 April 2024

SYAMSUL YUSOF 'HILANG' DARI MEDIA SOSIAL - PUTER SARAH TAK TAHU PUNCA



Cerita mengenai pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof sudah lama rasanya kita tidak selepas perceraiannya dengan pelakon Puteri Sarah.
Malah, Syamsul juga dilihat tidak aktif di media sosial apabila kali terakhir memuat naik perkongsiannya di Instagram pada November tahun lalu.

Ditanya mengenai Syamsul, Puteri Sarah menjelaskan, dia tidak tahu mengenai perkara ini kerana dia hanya berhubung dengan bekas suaminya itu atas urusan anak-anak sahaja.

"Kalau katakan raya pertama itu dia nak datang jumpa anak-anak okay saja. Saya pun masih berhubung dengan dia, cuma untuk anak-anak saja.

"Sebenarnya saya pun tak tahu (Syamsul lama tak aktif IG). Apa yang saya tahu, dia datang untuk jumpa anak-anak saja. Dia hubungi saya untuk jumpa anak saja.

"Saya pun tak pernah tanya apa-apa dekat dia kalau dia mesej nak ambil anak. Ikutkan waktu dia ambil anak pun saya tak ada. Sebab saya sibuk dengan perniagaan," ujarnya.

Terdahulu, timbul pula khabar angin mendakwa isteri kepada Syamsul iaitu Ira Kazar sedang hamil, namun sehingga kini kedua-duanya masih mengunci mulut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: