09 April 2024

"INI UJ1AN BUAT DIRINYA... DIA SERING BERDEPAN DENGAN UJ1AN YANG SAMA" - OKTOVIA MANROSE BERDOA SEMOGA ALIFF AZIZ DAPAT HIDAYAH



Susulan kontr0versi terp@lit Aliff Aziz bersama isteri, Bella Astillah serta Ruhainies, pelakon Oktovia Manrose, 33, berharap penyanyi dan pelakon itu mendapat hidayah.
Jelas Oktovia, dia yang pernah berdepan kontr0versi yang sama itu kini dalam fasa berubah ke arah lebih baik serta tidak mahu lagi mengenang kisah hitam yang lalu dan mendoakan Aliff berubah ke arah lebih baik.

"Ini uj1an buat dirinya. Dia sering berdepan dengan ujian yang sama. Semoga dia mendapat hidayah. Itu saja saya boleh cakap.

"Saya pun tidak tahu bagaimana hendak mengulas mengenai perkara. Apatah lagi, saya sendiri pernah terpalit kontr0versi dengan Aliff.

"Jadi, kalau boleh, saya tidak mahu lagi memandang perkara dan kisah yang sudah lama berlalu.

"Lagipun, saya juga sudah ke arah memperbaiki diri menjadi lebih baik. Malah, saya mendoakan dia berubah menjadi lebih baik," katanya.

Pada tahun 2019, nama Aliff dan Oktovia terp@lit kontr0versi dan menjadi topik bualan hangat netizen selepas Bella mendedahkan suaminya itu cur@ng dengan pelakon berkenaan.

Untuk makluman, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 13 tahun.

Oktovia kemudiannya berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33, pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: