09 April 2024

HAMIL LIMA BULAN - TASH YONG SYUKUR RAI ULANG TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN



"Alhamdulillah, saya sekarang hamil anak sulung lima bulan dan bersyukur Allah izinkan kami berdua berpuasa bersama serta meraikan ulang tahun perkahwinan hari ini (semalam).
"Tak sabar nak makan rendang dan kuah kacang, air tangan ibu mentua saya yang menjadi tulang belakang memberi sokongan kepada saya untuk memulihkan jiwa ini. Ibu mentua saya juga selalu bertanya khabar dan ambil berat terhadap kami."

Itulah ujar pelakon dan pengacara, Tash Yong, 34, yang memaklumkan, dia kini hamil lima bulan, selain meluahkan rasa syukur semalam genap setahun dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, Khaireel Azlee Abdul Aziz atau lebih dikenali, Boss Kay.

Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli, berkata, pada 8 April tahun lalu, dia sah bergelar isteri Boss Kay ketika Ramadan dan Nuzul Quran dan kini menghitung hari meraikan sambutan Aidilfitri kali kedua sebagai suami isteri.

Menurut lelakon drama 'Menantu Ting Tong' di TV3 ini lagi, dengan segala kisah sens@si dilaluinya selepas bernikah dengan Boss Kay, kini dia yakin pada istilah 'pelangi muncul selepas hujan' untuk menjadi pemangkin semangatnya bangkit dalam kehidupan.

"Saya percaya setiap ujian ada hikmahnya dan janji Allah itu pasti. Alhamdulillah, kini saya lebih tenang walaupun sabar itu bukan mudah. Tapi, ia teramatlah nikmat dan walau apapun yang berlaku dan orang nak cakap, hanya Allah yang tahu segalanya.

"Terima kasih kepada semua saya ucapkan atas segala doa yang baik-baik itu. Buat suami, terima kasih juga sebab sanggup layan kerenah saya yang macam-macam dan selalu masakkan makanan enak untuk saya," tuturnya.

Dalam masa sama, Tash turut berdoa semoga rumah tangga dibinanya itu kekal bahagia, tenang dan mendapat keberkatan daripada Allah di dunia dan juga akhirat.

Untuk makluman, Tash dan suaminya, Boss Kay yang dikenali sebagai TikT0k Guru dalam kalangan TikT0ker itu berkenalan pada hujung 2022 dan hubungan mereka menjadi rapat pada tempoh yang singkat.

Pasangan ini juga pernah hangat di media sosial apabila Tash didakwa menjadi isteri ketiga Boss Kay selepas muncul pengakuan seorang wanita di TikT0k memaklumkan dirinya adalah isteri kedua lelaki itu.

Bagaimanapun, difahamkan, Boss Kay sudah menceraikan kedua-dua isterinya dan menerusi hasil perkongsian hidup dengan dua wanita berkenaan, Boss Kay sudah memiliki empat anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: