08 April 2024

ATAS FAKTOR PERIBADI - SYASYA UNDUR DIRI SEBAGAI AHLI KUMPULAN DOLLA



"Kami sedar ketiadaan Syasya baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan anda semua.
"Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan Syasya sudah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli Dolla di atas sebab peribadi.

"Hubungan kami berempat sangat erat. Kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami, dan kami akan terus memberikan sokongan terhadapnya."

Demikian kenyataan yang dikongsikan di Instagram rasmi Dolla berkenaan pengunduran salah seorang ahli kumpulannya iaitu Syasya, dimana ia adalah satu kehilangan yang cukup berat, namun katanya, hubungan mereka masih akrab.

Difahamkan, Syasya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli kumpulan itu atas faktor peribadi.

Klik untuk gambar besar
Meskipun begitu, Dolla yang turut dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel akan tetap memberikan komitmen penuh untuk perjalanan kumpulan terbabit.

"Kami akan terus berusaha untuk berikan yang terbaik untuk peminat dan rakan media yang telah menyokong Dolla selama ini.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penghargaan kami terhadap sokongan anda semua sepanjang kerjaya Dolla setakat ini, serta kata-kata semangat untuk kami kekal berjuang," katanya.

Untuk makluman, Dolla ditubuhkan pada April 2019 apabila Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya yang pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: