08 April 2024

IBU SYAMSUL YUSOF : "KELUARGA KAMI SUDAH TIDAK LENGKAP"



Baru-baru ini, isteri kepada penerbit, pengarah dan pelakon Datul Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail telah meluahkan rasa sayu menerusi perkongsian di Instagram.
Dalam perkongsian itu, Datin Patimah memuat naik semula video oleh menantunya memaparkan koleksi foto sambutan raya sejak 2014 sehingga 2023, serta turut menulis kapsyen berbunyi : "Keluarga kami sudah tidak lengkap".

Kapsyen yang ditulis Patimah itu menarik perhatian ramai. Ini kerana anaknya, pengarah dan pelakon Syamsul tidak kelihatan ketika sambutan hari raya beberapa tahun kebelakangan ini iaitu pada tahun 2022 dan 2023.

Sementara itu, turut menjadi perhatian komen Datin Patimah yang menyatakan bahawa dia tidak menyokong anak bukan bermakna tidak sayangkan anak.

Pada Jun tahun lalu, rumah tangga Syamsul dan pelakon Puteri Sarah berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: