08 April 2024

RUMAH TANGGA - DATUK RED HARAPKAN KEAJAIBAN : "TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG MENDOAKAN SAYA"



"Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan saya. Saya sendiri pun sekarang hanya mampu berdoa juga. Saya berharap apa yang kita doakan itu berhasil.
"Saya tahu rakyat Malaysia ini baik-baik hati, walaupun mulanya dulu orang pers0alkan maruah, fasal saya kahwin dengan Adira pun isteri kedua, tapi bila semua ini terjadi, saya banyak-banyak terima kasih kepada mendoakan, biarpun saya nampak harapan itu tipis."

Demikian kata Datuk Red, 46, yang memberitahu, dia akan terus berdoa kepada Allah agar berl@ku keajaiban dalam menyelamatkan bahtera rumah tangga yang dibina bersama dua isterinya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim (Datin Red) dan penyanyi Adira Suhaimi.

Disamping itu, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adenan Abu, turut meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana mendapat doa baik-baik daripada orang ramai yang mengharapkan dirinya bersama Adira yang juga isteri keduanya boleh berbaik semula dan tidak bercerai.

Sebelum ini, Datuk Red dan Adira menjadi perhatian ramai di media sosial apabila pasangan ini muncul bersama dalam siaran langsung di TikT0k, dimana Adira dilihat membantu memprom0si jualan kuih raya suaminya.

Kemesraan Datuk Red dan Adira dilihat secara semula jadi pasangan suami isteri yang dianggap 'bukan dibuat-buat', menyebabkan rata-rata netizen mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan, sekali gus tidak jadi bercerai.

Dalam pada itu, menurut Datuk Red lagi, dia juga sebenarnya ketika ini di dalam situasi fikiran berc£laru apabila memikirkan bagaimana hendak menghad@pi anak-anaknya bersama Adira selepas proses hakam pada 24 April ini.

"Hubungan saya dan anak-anak bersama Adira sangat rapat. Jadi, saya sendiri pun tak tahu macam mana nak menghadapi tarikh 24 April ini (proses hakam) sebab saya tak tahu apa nak jawab dengan anak-anak nanti.

"Antara sekarang ini sehingga tarikh 24 April itu, jika saya tak dapat pujuk Adira, saya rasa dekat situlah saya punya penamat. Sebab saya fikir daripada tak dapat beri kebahagiaan kepada Adira, buat apa saya nak tambahkan d£rita dia.

"Saya memang tak dapat bayangkan lagi macam mana nak menghadap tarikh itu (24 April) dan sebulan kemudian (k£s cerai) dengan isteri pertama, Datin Red pula. Apapun, saya ucapkan terima kasihlah atas kata-kata semangat yang diberikan.

"Selagi ada peluang masa ini, saya akan terus memujuk isteri-isteri saya dengan apa daya termampu sebagai manusia biasa dan selebihnya saya reda kerana yang menentukan semuanya ada Allah saja," ujarnya.

Pada 5 Mac lalu, pr0siding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Adira dan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang difahamkan gag@l apabila Adira tetap mahu bercerai.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: