16 April 2024

TUNAI UMRAH PERTAMA KALI - ADIRA LUAH RASA TERUJA



"Alhamdulillah diatas peluang yang diberikan ini, saya berangkat ke Makkah menunaikan umrah. Jadi hanya empat hari sahaja masa yang dapat diluangkan bersama keluarga. Sukar untuk saya kongsikan ketenangan dan kegembiraan dapat menjejakkan kaki ke sini.
"Saya pergi bersama kawan-kawan sebab masa raya ini sahaja saya ada cuti panjang sikit. Kalau ikutkan jadual saya memang padat, jadi bila ada masa saya terus buat keputusan untuk pergi."

Ujar penyanyi Adira Suhaimi yang berkongsi keterujaan apabila dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah buat pertama kali bagi menunaikan ibadah umrah pada hari raya kelima.

Dalam pada itu, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 33, menganggap peluang mengerjakan umrah pada bulan Syawal tahun ini sebagai rezeki dan enggan melepaskan peluang keemasan itu.

Dalam pada itu, Adira juga berharap dia dapat memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang di Makkah tanpa memikirkan mas@lah lain.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, Adita memberitahu, dia turut meletakkan kepercayaan dan memberikan amanah kepada kakaknya iaitu Emma Suhaimi untuk menjaga empat orang anaknya.

"Saya harap saya dapat fokus kepada ibadah saya nanti. Bukan saja Emma, malah anak-anak akan turut dijaga oleh ayah mereka. Malah, pembantu rumah juga ada untuk membantu.

"Bukan apa, pertama kali berjauhan dengan anak-anak, banyak yang berleg@ran di minda. Namun, saya berdoa segala urusan saya di sini dipermudahkan," kata Adira yang turut memohon maaf dan berharap urusannya dipermudahkan.

Sebelum ke Tanah Suci, Adira memberitahu, dia terlebih dahulu meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Kuching, Sarawak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: