16 April 2024

FENDY BAKRY & ISTERI BERSANDING SEMULA DI INDONESIA SELEPAS 4 TAHUN



Pada Sabtu lalu, pelakon Fendy Bakry dan isterinya, Ayu Afnizar telah diraikan semula di atas pelamin indah yang diadakan di kediaman keluarga pihak perempuan di Medan, Indonesia, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Jelas Fendy, majlis persandingan yang diadakan serentak dengan dua beradik isterinya itu berlangsung dengan penuh meriah, sekali gus memenuhi impian yang tert@ngguh sebelum ini.

"Disebabkan pelaksanaan Perint@h Kaw@lan Perg£rakan (PKP) akib@t wab@k C0V1D, majlis persandingan kami yang sepatutnya berlangsung di sebelah keluarga mentua terpaksa dibatalkan.

"Berganti tahun demi tahun dan mengambil kira isteri saya pun sudah lama tak pulang ke kampung halamannya, jadi ayah mentua saya bercadang untuk buat majlis persandingan bersama dua beradik lain secara serentak.

Klik untuk gambar besar
"Lagipun ramai dalam kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat yang menetap di Medan tak dapat menghadiri majlis persandingan kami sebelum ini, jadi kami pun ambil peluang ini bersanding semula," katanya.

Menurut pelakon itu lagi, segala persiapan majlis persandingan di Medan dirancang sepenuhnya oleh keluarga mentua, manakala dia dan isteri hanya membawa diri ke sana.

"Semua persiapan termasuk acara rewang dibuat oleh keluarga mentua dan adik-beradik. Pada majlis persandingan yang berlangsung dari pagi hingga malam itu kami mengenakan pakaian pengantin jawa.

"Kalau ikut adat selalunya akan ada empat persalinan tapi kami memilih satu persalinan saja," jelas Fendy yang mendirikan rumah tangga bersama Ayu pada 30 Ogos 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: