02 April 2024

"YA! SAYA MENGAKU 'SC4MMER'... JIKA ITU JAWAPAN YANG BOLEH MEMUASKAN HATI NETIZEN & PIHAK TERBABIT" - DATUK RED



Baru-baru ini, Datuk Red ada meminta pihak yang mendakwa menjadi m@ngsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini, agar bersabar dan bertenang kerana dia masih berusaha mencari duit.
Jelas Datuk Red, dia perlu masa untuk menyelesaikan semua hut@ng itu serta mensas@rkan ada 'berita baik' untuk m@ngsa terb@bit selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Terkini, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adenan Abu, 46, mengaku dirinya sebagai 'sc@mmer' dan berharap pengakuannya itu dapat memuaskan hati semua pihak, termasuk pengikutnya di media sosial.

"Ya! saya mengaku sebagai 'scammer' tapi 'scammer' yang baik jika itu jawapan yang boleh memuaskan hati netizen dan pihak terbabit.

"Sebab orang memang dah kec@m pun, saya nafikan pun orang cakap juga, ini 'sc@mmer' akhir zaman lah, jadi saya mengaku sajalah," ujarnya yang turut berkata, dia kini berusaha untuk melun@skan hut@ngnya dan bebas dari dakwaan 'sc@mmer' itu.

"Kalau mengaku pun menjadi satu kesal@han, saya nak buat macam mana? Tapi mana ''sc@mmer' yang mengaku penipuannya itu? Sebab itu saya cakap, saya 'sc@mmer' yang baik.

"Sebab saya tak cakap pun tapi orang yang cakap, bila orang cakap saya mengiyakan sajalah. Sebab selagi saya tak mengaku selagi itulah orang bercakap.

"Saya tak suka nak bangk@ng semua ni sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir dan macam mana saya nak b@ngkit semula," kata suami kepada Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi ini.

Tambah Datuk Red lagi, dia juga meminta pihak yang terbabit memberi tempoh untuknya melun@skan hut@ng berkenaan.

"Ada juga pihak yang saya berhut@ng itu menghantar 'Direct message' dan memberi semangat pada saya untuk b@ngkit semula.

"Maklumlah, saya baru enam hari mula bekerja takkanlah saya boleh selesaikan hut@ng hampir RM7 juta dalam tempoh singkat? Cubalah doa yang baik-baik buat saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: