06 May 2024

ALHAMDULILLAH - CHIWAN SELAMAT BERNIKAH



Sekitar jam 6 petang kelmarin, pelawak dan penyampai radio, Chiwan Chilok, 38, telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Amira Ayuni Hashim, 27.
Pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Bizmilla Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Banting.

Jelas Chiwan yang juga penyampai Suria FM, pada mulanya mereka merancang untuk mengadakan majlis pada Februari lalu.

"Kami dah kenal sejak dua tahun lalu dan sudah merancang untuk berkahwin sejak tahun lalu. Tanpa hantaran, mas kahwinnya RM1,000 bersama sebentuk cincin.

"Cumanya kerana kekangan waktu, kami terpaksa tangguh dulu sehingga ke bulan ini," katanya.

Chiwan yang kini menggalas tanggungjawab baru itu berkongsi rasa bahagia kerana kini sudah bergelar suami.

Dalam pada itu, Chiwan berkata, dia tidak merancang mengenai cahaya mata, sebaliknya menerima dengan terbuka sekiranya diizinkan Allah dalam tempoh terdekat.

"Saya rasa gembira sebab dah jadi suami. Selepas ini, kalau nak bawa pasangan ke mana-mana, dah tak ada hal@ngan atau orang perkatakan. Memang niat saya nak halalkan dia.

"Rabu nanti saya dah masuk kerja balik. Rancangan untuk bulan madu mungkin pada Aidiladha.

"Kami tak rancang untuk cahaya mata, tapi kalau ada rezeki awal, lebih bagus. Saya pun dah 38 tahun. Jadi, harapannya secepat mungkin," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: