06 May 2024

AL-FATIHAH - HAIL AMIR KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah ucapkan kepada keluarga penyanyi dan pelakon era 70-an, Datuk Hail Amir atas pemergiannya yang meninggal dunia akib@t jangk1tan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 4.24 petang, hari ini.
Berita pemergian penyanyi berusia 77 tahun itu disahkan oleh anaknya, Cinta kepada rakan-rakan artis terdekat.

Sebelum ini, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin bagi menerima rawatan selepas mengal@mi batuk berterusan.

Menurutnya lagi, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibi0tik bagi mengawal jangk1tan terb@bit.

Difahamkan, pihak keluarga tidak membenarkan kehadiran pelawat dan meminta semua pihak mendoakan kesembuhan Hail atau nama penuhnya, Abdul Hail Amir.

Pada tahun 2018, arwah Hail pernah dimasukkan ke hospital selepas mengadu s@kit dada dan dimasukkan dalam wad akib@t mas@lah jantung.

Sepanjang pemb@bitan Allahyarham dalam dunia seni, arwah Hail yang berasal dari Pulau Pinang, terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.

Lagu popular mereka seperti 'Hujan', 'Menunggu Nasi Minyak', 'Antara Matamu' dan 'Mataku' termasuk lagu 'Seloka Hari Raya' menjadi siulan ramai.

Selain menyanyi, bapa kepada empat cahaya mata itu turut terkenal di layar perak. Antara filem popular lakonannya adalah 'Jiwa Remaja', 'Cinta Dan Lagu', 'Menanti Hari Esok', 'Sesejuk Air Mata Ibu' dan 'Anita Dunia Ajaib'.

Selepas lebih lima dekad terb@bit dalam dunia seni, Hail dikurnia gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: