06 May 2024
FAUZIAH NAWI DIIKTIRAF BINTANG VETERAN & AKTIVIS TEATER DENGAN ANUGERAH KHAS KARVITER
"Setiap kali diberi anugerah begini, saya tidak tahu cakap apa sebab tidak pernah terfikir mengenai anugerah.
"Namun, saya seronok balik ke sini (UM) kerana pada usia saya 18 tahun saya pernah bekerja di Jabatan Bendahari, Bangunan Canselor.
"Jadi, kehadiran saya seperti menggamit kenangan. Jujurnya, tidak pernah membayangkan semua ini, saya hanya buat kerja saya.
"Kalau orang nampak dan hargai, Alhamdulillah. Saya tidak pernah rasa hendak dapat apa-apa penghargaan."
Demikian kata bintang veteran dan aktivis teater, Datuk Fauziah Nawi apabila beliau diiktiraf Karnival Teater Universiti Malaya 2024 (KARVITER 24) dengan Anugerah Khas KARVITER pada Anugerah KARTIVER 24 di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM) di sini, malam semalam.
Fauziah menerima pengiktirafan itu atas kecemerlangan dan ketokohan dalam bidang seni dan teater sesuai dengan acara KARVITER iaitu pertandingan teater tahunan anjuran UM.
Fauziah yang mengabdikan diri kepada dunia seni lebih lima dekad ini mengakui tidak pernah mengharapkan anugerah setinggi itu diberi kepadanya.
Dalam pada itu, ujar Fauziah, dunia teater banyak mengajarnya berusaha bersungguh-sungguh seperti nasihatnya kepada pelajar yang terbalALall)bit dalam bidang seni dan teater.
"Bukan sahaja teater, apa saja bidang kita c£buri, kita kena jadi cemerlang. Buat betul-betul. Seperti saya, bapa saya tak suka saya masuk dalam bidang ini. Beliau kata saya buka pintu fitn@h. Bapa saya suruh saya belajar dan jadi pensyarah, tetapi itulah, saya budak pandai tapi pemal@s.
"Jadi, apa yang saya boleh katakan, teater ini mengajar kita untuk bekerja keras dan tiada jalan pintas untuk berjaya. Zaman sekarang lebih banyak cabarannya, lebih ramai yang pandai, jadi kalau awak tidak rebut peluang, awak ketinggalan," katanya.
Malam Anugerah KARVITER 24 adalah kemuncak karnival yang berlangsung sejak 22 sehingga 30 April lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment