06 May 2024

"MUNGKIN ALLAH TENTUKAN UNTUK DIA (SYASYA BEKAS DOLLA) TIDAK BERNYANYI LAGI" - ROZIE OTHMAN BERSYUKUR DOA DI TANAH SUCI TERMAKBUL LIHAT CUCU TUKAR PENAMPILAN



"Syasya, mummy (nama panggilan nenek Syasya, Rozie Othman) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun mummy ada rasa kec£wa kerana nama awak tengah naik dan buat keputusan untuk berkahwin.
"Mummy dan keluarga terpaksa berlapang dada dan apa-apa keputusan, Insya-Allah kalau suatu hari nanti awak mahu kembali. Saya doakan awak.

"Namun, bila dia buat keputusan t@rik diri memang agak kec£wa. Ramai kawan-kawan bertanya tetapi saya tiada jawapan. Mungkin Allah tentukan untuk dia tidak bernyanyi lagi."

Itulah tutur pelakon Rozie Othman yang mengakui kec£wa apabila cucunya yang juga bekas anggota Dolla iaitu Syasya Rizal, mengambil keputusan keluar dari kumpulan tersebut ketika namanya berada di puncak.

Pelakon berusia 61 tahun itu yang ditemu bual Melodi, bagaimanapun reda dengan keputusan cucunya itu serta mendoakan yang terbaik buat Syasya.

Jelas Rozie lagi, Syasya terpaksa keluar daripada Dolla untuk mengikuti suaminya yang menyambung pengajian di luar negara selepas Raya Haji.

Dalam pada itu, Rozie berkata, ketika majlis pernikahan Syasya, dia berada di Tanah Suci dan bersyukur doa untuk melihat Syasya menutup aurat termakbul.

"Masa dia mahu bernikah, saya sebulan berada di Tanah Suci. Saya berdoa kalau Syasya mahu cipta nama minta dia tukar penampilan supaya tidak s£ksi dan biarlah nampak kewanitaan. Tetapi mungkin Allah kabulkan sekarang ini, dia sudah bertudung dan terpaksa keluar dari kumpulan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: