31 May 2024

ANAK KEDUA SELAMAT DILAHIRKAN - USOP RAL4T TAK DAPAT TEMAN ISTERI BERSALIN



Tahniah diucapkan kepada penyanyi Usop atas kelahiran anak keduanya yang selamat dilahirkan pada Selasa lalu di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Usop meluahkan rasa syukur isterinya iaitu Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata perempuan dan dalam masa sama, dia juga ral@t berikutan tidak dapat menemani isterinya itu di bilik bersalin kerana terlib@t dengan persembahan.

"Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara meng£jut. Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlib@t dengan persembahan.

"Ketika acara disana berlangsung, saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecem@san. Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Takkan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar.

"Syukur isteri dan anak kami selamat," kata Usop yang turut memberitahu, dia sempat menemani isterinya makan di luar sebelum bertolak ke Sintok dan ketika itu belum ada tanda akan bersalin.

"Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian," tuturnya yang juga berkata, dia bakal berkongsikan nama dan wajah anaknya itu dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga ada 4 Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhammaf Saif Umar kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: