31 May 2024

HAFIZ SUIP TAMPIL BERSUARA SELEPAS INDIVIDU DAKWA RUMAH TANGGA TERL£RAI SEBAB AB4I TANGGUNGJAWAB



"Korang (netizen) tak kenal aku jadi korang jangan sembanglah macam korang kenal aku sangat. Ini siaran langsung saya, suka hatilah saya nak cakap apa. Korang tak suka, jangan follow aku."

Itulah ujar penyanyi Hafiz Suip menerusi perkongsian di TikTok pula, dimana dia meminta orang ramai tidak membuat sp£kulasi tanpa tahu tentang cerita sebenar serta tidak masuk campur dalam isu rumah tangganya.

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Hafiz apabila dia menyahaktifkan akaun Instagram miliknya, sekaligus menjadi bualan ramai.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia terhibur apabila terbaca satu komen mendakwa dia bercerai kerana dikatakan mengabaikan tanggungjawab.

"Saya ada terbaca satu komen yang kakak ini berkata dia bercerai sebab laki dia ab@ikan dia. Saya rasa kelakar dengan komen dia.

"Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita a1b kau, tak payah.. Orang tak nak tahu.. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang," katanya.

Sebelum ini, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.

Bagaimanapun, tanda pagar perkongsian tersebut 'jangan main ap1' yang dikongsikan oleh Hafiz menjadi tanda tanya netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: