27 May 2024

ANAK PEROLEH 6A DALAM SPM - ZARINA ZANUDDIN LUAH RASA SYUKUR



"Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6 A 2 B + Syukur. Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat.
"Ibu tak pandai biarlah anak pandai semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya.. saya doakan anak-anak kita semua berjaya, amin."

Demikian tulis pelakon Zarina Zainuddin yang berkongsikan keputusan SPM anaknya, Muhammad Adam Azrai yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 6A dalam peperiksaan berkenaan.

Umum mengetahui hari ini keluarnya keputusan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Sudah pasti, keputusan SPM anak-anak selebriti menjadi perhatian ramai.

Ujar Zarina, dirinya mungkin tidak begitu bijak dalam pelajaran, namun sebagai ibu dia akan pastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

Perkongsian Zarina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah diatas kejayaan anak pelakon itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: