26 May 2024

"SAYA TIDAK TAHULAH BAGAIMANA HENDAK URUSKAN KELUARGA SEORANG DIRI..." - BALU NABIL MENTOR AKUI HIL4NG TEMPAT BERGANTUNG, SIFATKAN ARWAH SUAMI SEORANG YANG SEMPURNA, PENYABAR



Balu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri atau Nabil Mentor iaitu Adelia Citra Hapsari, 36, mengakui hil@ng tempat bergantung selepas arwah suaminya itu meninggalkannya buat selama-lamanya, pagi tadi.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini juga menyifatkan arwah suaminya itu seorang ketua keluarga yang sempurna buat dirinya dan anak-anak.

"Saya terlalu bergantung hidup kepada arwah suami. Segala-galanya memang dia uruskan. Saya tidak tahulah bagaimana hendak uruskan keluarga seorang diri tanpa arwah di sisi selepas 'pemergiaannya' meninggalkan saya dan anak-anak buat selamanya pada hari ini.

"Arwah adalah suami yang penyabar dan menjaga saya dengan baik selama ini. Apa saja urusan termasuk anak-anak, arwah banyak membantu, tapi sekarang saya tak tahu nak buat apa," tuturnya.

Ujar Adelia, arwah suaminya itu menyimpan impian untuk membawa dia dan anak-anak bercuti ke Jepun sebagai hadiah hari jadinya yang diraikan baru-baru ini, namun ia tidak kesampaian.

Sementara itu, bercerita kej@dian arwah Nabil sebelum menghembuskan nafas terakhir, Adelia berkata, keadaan suaminya itu agak lain sebaik keluar dari bilik air selepas mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh.

Klik untuk gambar besar

"Apabila saya pula selesai ambil wuduk dan keluar dari bilik air, saya tengok arwah sudah mengal@mi kekej@ngan. Mulanya, ingatkan dia (arwah) sedang 'main-main' dengan anak.

"Tapi, apabila tengok keadaannya tidak seperti biasa, saya mula pan1k dan lakukan CPR (bantuan pernafasan kecem@san), namun tiada perubahan. Saya kemudian hubungi 999 dan ambulans sampai kira-kira 30 minit," katanya.

Difahamkan, arwah Nabil yang juga pernah dikenali sebagai penyanyi dan pelakon itu meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah Ampang, akib@t ser@ngan jantung, pada pagi tadi.

Arwah Nabil yang merangkul gelaran naib juara program Mentor musim pertama di TV3 pada 2005 itu bernikah dengan Adelia pada 2014 dan dikurniakan dua anak iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, kini berusia tiga tahun.

Jenazah yang berada di Unit For£nsik Hospital Ampang akan dibawa dan diuruskan di Masjid Ukay Perdana, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: