26 May 2024

RINDU BERLAKON - ZAHIDA RAFIK RANCANG BUAT 'COMEBACK' : "KALAU NAK DIIKUTKAN, SAYA SUDAH LAMA 'PENCEN' (BERSARA)..."



Selepas 10 tahun meninggalkan bidang lakonan, pelakon Zahida Rafik akui rindu untuk berlakon dan kerana itu, dia merancang mahu buat 'comeback' (kemunculan semula).
Kata Zahida atau nama sebenarnya, Zahidah Mohamed Rafik, kalau nak diikutkan, dia sudah lama bersara daripada bidang lakonan.

"Kalau nak diikutkan, saya sudah lama 'pencen' (bersara) tapi kadang kala rindu nak berlakon datang semula.

"Tawaran berlakon sentiasa ada tapi bila rindu nak berlakon, saya pula yang sibuk. Bila saya tidak sibuk tiada pula tawaran yang datang.

"Saya suka melancong dan menikmati alam semula jadi. Bila ada tawaran berlakon, saya pula tak boleh nak bagi kom1tmen sebab tak ada kelapangan pula," ujarnya.

Ulasnya lagi, perasaan rindu itu timbul apabila dia melihat ramai rakan seperjuangannya masih aktif dalam bidang seni tanah air.

"Bila tengok kawan-kawan berlakon perasaan rindu itu masih ada. Namun, selepas lama tak berlakon, saya t@kut nak ambil naskhah atau drama bersiri yang panjang.

"Saya juga lebih selesa memilih naskhah yang pendek bila nak buat 'comeback' (kemunculan semula) nanti," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai watak yang diidamkannya pula, Zahida berkata, dia mahu watak yang lasak dan mencab@r kemampuannya dalam bidang lakonan.

"Kalau zaman saya berlakon dulu, tak ramai pengarah baharu macam sekarang. Walaupun terhad tapi naskhah yang dihasilkan semua bagus dan saya juga berasa teruja nak berlakon dulu.

"Saya ada menerima tawaran projek drama bersiri panjang dari penerbit Metrowealth, David Teo tetapi terpaksa menolaknya, baru-baru ini," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: