26 May 2024

ULAS ISU KELUAR KETIKA IDAH CERAI HIDUP & M4TI - DA'I ANNAS KATA ADIRA TAK DIBENARKAN KELUAR BEKERJA JIKA MASIH ADA DUIT TERUSKAN HIDUP



"Jika seorang ibu perlu menguruskan keluarga tanpa bantuan daripada orang sekeliling atau waris anak-anaknya, dia diberikan kebenaran untuk keluar dengan kadar tertentu. Cuma bagi kes penyanyi Adira, saya tak pasti sejauh mana kepentingannya keluar.
"Kalau bekerja mencari rezeki, kita kena tengok juga kadar keperluan untuk keluarga, tapi saya rasa tidaklah tiada duit langsung untuk makan atau minum.

"Mungkin ada lagi duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, saya rasa berbalik pada hukum, Adira tak dibenarkan."

Itulah kata pengacara program Tanyalah Ustaz, Da'i Annas yang tampil mengulas isu idah, dimana dia berkata, wanita yang bercerai hidup atau m@ti, tidak boleh keluar bekerja selagi masih belum tamat tempoh idah ditetapkan seperti digariskan agama.

Bagaimanapun jelas Da'i Anas, dalam soal idah, ada kelonggaran diberikan untuk wanita keluar rumah contohnya atas urusan bekerja.

Tambahnya lagi, tempoh idah, isteri kem@tian suami juga berbeza dengan yang bercerai hidup, namun seseorang wanita perlu ikut peraturan sudah digariskan dalam agama.

"Tempoh suci bagi cerai m@ti atau hidup juga berbeza. Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengeluarkan artikel berkenaan isu ini.

"Wanita dibenarkan bekerja jika kem@tian suami atau diceraikan dalam keadaan tidak diberikan apa-apa nafkah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kalau tanya, saya tidak faham keseluruhan k0nteks artis keluar untuk tujuan apa. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan dia (Adira), jadi k0nteks yang saya kongsi mungkin tak sama dengan apa yang dilalui oleh artis berkenaan," ujarnya.

Sebelum ini, ada netizen mempers0lkan tind@kan penyanyi Adira Suhaimi yang keluar bekerja dalam tempoh idah selepas bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, pada 23 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: