26 May 2024

"SEWAKTU SOLAT SUBUH, ISTERI MAKLUMKAN NABIL AL4MI KEKEJ4NGAN... SAYA ADA DENGAR SUARA NABIL YANG SEOLAH-OLAH SUDAH NAZ4K" - IBU



"Sewaktu Nabil hendak solat subuh, isteri maklumkan keadaannya sudah mula nampak tidak baik dan mengal@mi kekej@ngan. Jadi, Adelia terus hubungi saya.

"Ketika sedang bercakap, saya ada dengar suara Nabil yang seolah-olah sudah nazak. Kemudiannya, kami terus hubungi ambulans dan arwah dibawa ke hospital dalam masa 30 minit kemudian.

"Kalau diikutkan arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, jam 9.15 pagi tadi, namun keadaannya sudah mula mer0sot sejak di rumah."

Demikian jelas ibu kepada Allahyarham Nabil Mentor, 37, iaitu Fatimah Abdullah ketika ditemui di Unit Perubatan For£nsik, Hospital Ampang, hari ini.

Kongsi Fatimah, anaknya itu mula menunjukkan tanda kurang sihat ketika bangun untuk menunaikan solat subuh, pagi tadi.

Tambahnya lagi, arwah Nabil mengal@mi kekej@ngan ketika sedang menunggu isterinya, Adelia Citra Hapsari selesai mengambil wuduk di bilik air.

Mengulas mengenai punca kem@tian, Fatimah memaklumkan, dia bersama ahli keluarga lain masih menanti keputusan daripada unit for£nsik.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, arwah pernah meng@du s@kit di bahagian perut sejak beberapa bulan lalu, namun tidak pasti punca sebenar di sebaliknya.

Klik untuk gambar besar

"Kalau diikutkan, arwah memang sihat dan tidak masalah kesihatan yang kritikal. Arwah juga selalu aktif terutama ketika bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam, jadi dia pun selalu lambat tidur.

"Sebelum ini, arwah ada meng@du s@kit sikit-sikit termasuk di bahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu. Tapi, perkara itu datang pada masa tertentu sahaja. Jadi, sekarang kami tengah tunggu 'p0st-mort£m' daripada unit for£nsik," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai peril@ku arwah sejak kebelakangan ini, Fatimah berkata, dia dimaklumkan oleh rakan-rakan arwah bahawa dia dilihat mula menjadi 'pendiam'.

"Kawan-kawan cakap, arwah banyak berdiam. Tapi, saya tak nampak apa-apa sebab arwah masih berborak dengan saya.

"Tapi, saya pernah terdetik bagaimana kalau Nabil sudah tiada nanti. Saya berfikir apa akan jadi dan siapa akan jaga anak-anak yang masih kecil.

"Saya tak tahu kenapa boleh terfikir sebegitu, macam tiba-tiba sahaja ia datang," tuturnya.

Sebelum ini, Allahyarham Nabil yang juga naib juara program realiti, Mentor musim pertama, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, dekat sini, pagi tadi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: