11 May 2024

DAKWAAN DAH KAHWIN - SUMBER TAMPIL KATA BUKAN RAJA AZURA 'PENGANTIN' NYA



Baru-baru ini, ada laporan mendakwa pengacara dan pelakon, Raja Azura sudah menamatkan zaman ibu tunggal selepas hampir 14 tahun memegang status tersebut.

Dalam laporan itu, Raja Azura didakwa berkahwin dengan jejaka pilihannya yang dipercayai berlangsung, semalam.

Sp£kulasi itu timbul selepas Raja Azura memuat naik hantaran di Instagram, malam tadi, termasuk video yang seakan-akan dia melangsungkan pernikahan.

Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang mengenakan baju kurung itu dilihat berjalan menuju ke pelamin.

Kapsyen yang ditulis Raja Azura di video berkenaan menguatkan lagi sp£kulasi dia melangsungkan pernikahan.

"Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

"Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih," tulis Raja Azura.

Perkonhsian itu juga mengund@ng perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terk£jut, namun mendoakan Raja Azura yang juga bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.

Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan di ruangan komen termasuklah Janna Nick, Mmi Flyy, Datuk Fizz Fairuz, Azza Elite, Aziz M Osman dan ramai lagi.

Terkini, menerusi laporan Harian Metro, sumber berkata, bukan Raja Azura yang melangsungkan pernikahan, sebaliknya perkahwinan yang sebenar adalah memb@bitkan Raja Muzaffar Idris Shah Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj.

Klik untuk gambar besar

"Bukan Kak Engku (Raja Azura) yang kahwin," kata sumber tersebut yang menjawab sp£kulasi mengenai status perkahwinan Raja Azura yang hangat diperkatakan.

Malah, berdasarkan hantaran video di Tikt0k @saifalsagoff, memaparkan pasangan mempelai sebenar yang sedondon mengenakan busana warna putih pada upacara pernikahan.

Turut kelihatan, Raja Azura yang masuk ke dalam dewan dengan disusuli pembawa dulang hantaran.

Dalam pada itu, swafoto Raja Azura bersama seorang lelaki yang sedondon mengenakan baju warna biru gelap beserta em0ji cinta itu bukanlah suaminya.

Sebaliknya lelaki berkenaan ialah pengantin lelaki yang berkahwin dengan wanita pilihannya.

Sementara itu, cubaan media mendapatkan kenyataan daripada Raja Azura tidak berjaya.

Untuk makluman, Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura, 19.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: