"Sepanjang 17 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen bersama jenama Jovian, saya mendapat banyak peluang untuk menghasilkan fesyen buat golongan elit dan diraja di seluruh dunia. Selama ini kami telah melancarkan banyak koleksi pakaian dan digunakan oleh berjuta pembeli di Malaysia.
"Namun, seiring dengan berjalannya waktu, saya menyedari bahawa saya bersedia untuk perubahan, untuk meneroka perkara yang benar-benar mendorong saya. Industri fesyen telah berkembang, dan begitu juga saya beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan.
"Dengan mengambil kira perkara ini, kami telah memutuskan untuk menutup sementara operasi dan saya akan berbuat demikian dalam masa dua minggu.
Demikian kata jenama fesyen terkenal tempatan, Jovian Mandagie, dimana dia memaklumkan akan menutup operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian Ready To Wear (Jovian RTW).
Jovian yang berkongsi hal tersebut menerusi Instagram itu turut berkata, selepas beroperasi 17 tahun, dua jenama itu akan ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang.
Klik untuk gambar besar
"Saya ingin menjemput anda membeli belah dengan jenama kami buat kali terakhir sebelum kami membuat penutupan. Sokongan anda sepanjang 17 tahun merupakan hadiah terhebat kepada jenama Jovian," tuturnya.
Dalam pada itu, Jovian turut berkata, jenamanya itu kemungkinan akan kembali lagi suatu hari nanti namun dengan skala yang lebih besar dan lebih baik dari sebelum ini.
"Adakah kita akan kembali? Sudah tentu (akan kembali) dengan 'comeback' yang lebih besar dan bagus, Insya-Allah. Doakan kami dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dengan perusahaan jenama Jovian," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment