10 May 2024

AMY SEARCH SIMPATI DENGAN NASIB DENDEN YANG MENDAKWA DIRINYA 'TERP£RANGKAP'



Penyanyi Datuk Amy Search baru-baru ini telah meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang men1mpa penyanyi Search yang ditunj@ngi pemain gitar adik-beradik, Noordin dan Kid iaitu Denden Gonjalez yang mendakwa dirinya 'dip£rangkap' oleh kumpulan tersebut selepas tidak dimaklumkan mengenai ketiadaan Amy ketika itu.
Kata Amy, Denden yang juga penyanyi Indonesia itu mendakwa dia sering bertanya mengenai ketiadaan Amy dalam sebarang konsert sehinggalah akhirnya mereka berterus terang dan menceritakan perkara sebenar.

"Denden beritahu ketika kali pertama tiba di Malaysia, dia tidak tahu yang saya sudah tidak bersama Noordin dan Kid. Setiap kali dia ajukan pertanyaan mengenai ketiadaan saya, mereka selalu beri alasan sehinggalah ada satu hari itu mereka membuka mulut dan menceritakan saya tidak lagi bersama mereka.

"Denden bercerita kepada saya yang mereka dakwa saya sudah tua dan tak boleh menyanyi lagi. Disebabkan itu, Denden mengatakan dia terp£rangkap kerana sebab utama dia datang ke Malaysia kerana beranggapan dapat berkongsi pentas dengan saya," jelasnya.

Amy berkata, Denden sudah keluar dari band itu selepas konsert kedua mereka di Pulau Pinang pada 2022 dan selepas itu dia hanya membantu mereka saja.

"Ketika Konsert Double Trouble 2 di Stadium Malawati, Shah Alam tahun lalu, dia beritahu seperti sudah tidak dihargai. Malah ketika Denden memuat naik gambar bersama saya di Instagram, Noordin terus menghubunginya.

"Saya ada beritahu kepada Denden apa yang dikongsikan ini pasti akan ditanya oleh wartawan, namun Denden beritahu jika saya kongsikan cerita yang benar, teruskan saja," katanya.

Dalam pada itu, Amy turut menafikan dia bakal bekerjasama dengan Denden dalam sebuah konsert yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

"Memang ada yang bertanya mengenai perkara ini, tapi kami tiada sebut mengenainya pun. Cuma ketika saya bersembang dengan Denden menerusi panggilan video, kebanyakan yang dibualkan adalah kekagumannya terhadap saya selaku penyanyi Search.

"Dia beritahu yang dia adalah peminat tegar saya. Sudah tentulah saya sangat berbesar hati apabila dia ingat berbual dengan saya. Beberapa hari lalu pun kami ada bersembang dan berborak hampir satu jam.

"Denden ada menceritakan satu peristiwa ketika kali pertama dia datang ke Malaysia. Dia beritahu teringin sangat nak jumpa saya sehingga selepas konsert Konsert Double Trouble 2, dia ajak orang itu untuk pergi ke rumah saya.

"Individu itu maklumkan tidak boleh, tapi dia tetap nak lalu saja depan rumah saya sebab katanya mana tahu dia boleh bertemu saya di luar rumah.

"Namun, pada waktu itu, Denden beritahu yang dia nampak pintu rumah saya terbuka tapi nampak motosikal saya saja. Dia beritahu memang nak sangat jumpa saya sebab nak memohon maaf atas apa yang berl@ku," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: