08 May 2024

DAKWAAN SUDAH TIMANG CUCU BARU - YUSOF HASLAM ENGGAN KOMEN : "SAYA & ISTERI SUDAH TIDAK BERHUBUNG DENGAN SYAMSUL, SANGAT LAMA"



"Saya tidak tahu hal itu, jadi jangan tanya fasal ini (terima cucu baru). Lagi pula, saya dan isteri sudah tidak berhubung dengan Syamsul, sangat lama.
"Jadi saya tidak mahu komen apa-apa, sebab langsung tidak tahu. Kalau saya cakap mengenai perkara yang saya tidak tahu, nanti lain pula jadinya.

"Kalau betul sekali pun (dakwaan), saya tetap tak boleh komen sebab itu di luar pengetahuan saya," kata pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam.

Berhubung dakwaan anak sulungnya, Syamsul Yusof sudah menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama Ira Kazar, Yusof bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenainya.

Ini kerana jelas Yusof, dia tidak mengetahui mengenai perkara itu kerana sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul.

Tambahnya lagi, dakwaan menantunya sedang hamil hanya diketahui ketika sesi temu bual berlangsung.

"Saya pertama kali dengar mengenai dakwaan ini. Saya sebagai bapa kepada Syamsul sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia," tuturnya.

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa isteri kepada pengarah dan pelakon sens@si, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah melahirkan zuriat.

Bagaimanapun, usia bayi mereka masih tidak diketahui memandangkan tiada sebarang pengesahan dibuat daripada mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

Untuk makluman, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Thailand.

Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkongsian hidup mereka, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: