20 May 2024

DAPAT PANGGILAN MENGERJAKAN HAJI - ALYAH TARIK DIRI DARI 'THE H4RDEST SINGING SHOW'



"Saya memohon semua peminat mendoakan saya seterusnya mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah," tutur penyanyi Datin Alyah, 43, dimana dia mengambil keputusan menarik diri dari program realiti, 'The H@rdest Singing Show (THSS)' yang baru memasuki minggu kedua malam tadi kerana mendapat penggilan mengerjakan haji pada 12 Jun depan.
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, dalam masa sama turut memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja program THSS dan semua yang terb@bit.

Disamping itu, isteri kepada pengarah dan pengkrit1k muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini juga menitipkan doa kepada semua peserta lain untuk melakukan yang terbaik dalam program berkenaan.

"Saya tahu ramai teruja nak tunggu macam mana suara saya menyanyi lagu K-Pop. Jadi, saya wasiatkan persembahan ini kepada Nabil. Balik nanti saya nak tengok persembahan berkenaan," katanya.

Menerusi minggu kedua bertemakan Revolu-Sihat, Alyah sepatutnya menyanyikan lagu 'I Am The Best' yang dipopularkan kumpulan Kpop, 2NE1.

Selain Alyah, peserta lain yang turut bersaing dalam program ini ialah Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, Stacy dan Ayda Jebat.

Program tersebut yang bersiaran selama 10 minggu bermula 12 Mei lalu, menampilkan gandingan pengacara iaitu Rina Nose dan Nabil Ahmad.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: