20 May 2024

"DIA (SUAMI) KATA SEBAB SEMUA ITU (BERLAKON & MENYANYI) ADALAH AURAT" - FATIN AFEEFA HORMATI PERMINTAAN SUAMI, AMBIL KEPUTUSAN BERHENTI BERLAKON & MENYANYI, MAHU JADI WANITA ISLAM LEBIH BAIK



Atas permintaan suami, Aliff Awang atau mesra disapa Opai, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa 30, membuat keputusan meninggalkan bidang lakonan dan nyanyian, selain mahu fokus menjadi wanita Islam yang lebih baik.
"Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Namun, saya cuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

"Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul dan bebas, ada laki orang, bini orang.

"Saya tidak mahu lagi berada di situ@si itu lagi. Fokus sekarang keluarga saja," jelas Fatin yang menghormati permintaan suaminya itu.

Walaupun akan meninggalkan bidang seni tersebut, namun Fatin meminta suaminya itu memberi sedikit kelongg@ran untuk dia membuat beberapa kempen-kempen tertentu.

"Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju," kata pemilik nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia berasa ral@t meninggalkan bidang lakonan dan nyanyian, Fatin menjelaskan, ketika ini dia lebih suka duduk di rumah.

"Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang saja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tek@nan," katanya.

Tambah Fatin lagi, setakat ini, dia masih menerima tawaran berlakon dan kali terakhir ialah pada Januari lalu untuk drama 29 episod.

Sementara itu, Fatin turut memberitahu, antara sebab dia ingin memperb@iki diri ialah kerana dia dan suami ingin menjadi contoh ibu bapa terbaik untuk anak-anak mereka.

"Kami mahu menjadi muslim yang lebih baik. Kami juga sudah pad@m hantaran-hantaran yang har@m dan tidak el0k di media sosial. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti.

"Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kek0k pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga," tuturnya.

Untuk makluman, Fatin dan Opai mendirikan rumah tangga pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 9.

Selain itu, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian yang difahamkan hasil daripada perkahwinan pertamanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: