21 May 2024

DAPAT TAJAAN, BAKAL TUNAI UMRAH BERSAMA ISTERI - JOEY BPR LUAH RASA SYUKUR



Penyanyi kumpulan rock BumiPutra Rockers (BPR), Joey telah berkongsi berita gembira dimana dia dimaklumkan seorang individu akan menajanya mengerjakan umrah bersama isterinya, Zarinah Zainal.
Ujar Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 60, pelawaan ini amat meng£jutkannya kerana dia sudah lama berhasrat untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci itu.

"Individu ini orang Muar. Dia beritahu dia tinggal berdekatan rumah Allahyarham Mael di sana. Tapi dia sekarang ada di Qatar. Saya rasa dia memang buat travel umrah.

"Dia 'call' saya banyak kali, tapi saya tak angkat panggilan bimb@ng 'sc@mmer' sebab nombor ini dari luar negara.

"Dia kemudian mesej saya beritahu nak ajak berbual. Semasa berbual, dia cakap nak taja saya dan isteri buat umrah. Saya jadi terc£ngang sekejap dan kemudian ucap terima kasih pada dia," katanya yang meluahkan rasa syukur.

Dalam pada itu, Joey turut berkongsi kegembiraannya ini di Facebook dan ia mendapat respon p0sitif peminat yang menganggap ia satu rezeki terpij@k buatnya.

Tambah Joey lagi, individu lelaki yang dipanggil Zam ini memberitahu, mahu membawanya mengerjakan umrah pada Disember ini tetapi dia menolak dengan baik.

"Saya cakap Disember banyak show. Dia cakap dia cuba percepatkan dalam bulan November atau Januari tahun depan.

"Saya sekarang tak anggap apa-apa. Juga saya tak fikir berkenaan wang. Saya cuma terharu macam mana Allah gerakkan hati manusia. Apa yang orang nampak pada diri saya, itulah saya.

"Sangat menakjubkan. Cuba fikirkan kadangkala nak minta wang RM10 dengan kawan pun kadang-kadang boleh g@duh. Inikan pula buat umrah yang sekarang meningkat mendadak harganya," tuturnya.

Disamping itu, Joey berkata, tajaan ini merangkumi kos tiket penerbangan, hotel dan mutawif.

"Saya memang tak pernah berjumpa Zam. Rasanya dia kawan kepada kawan saya. Sebabnya saya cakap t@kut kerana banyak 'sc@mmer' sekarang. Jadi dia cadangkan Zam ini," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: