21 May 2024

AL-FATIHAH - AKTIVIS & PENGARAH TEATER, SITI ROSMINAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada keluarga aktivis dan pengarah teater disegani, Dr Siti Rosminah Tahir, 65, atas pemergiannya yang meninggal dunia di kediamannya di Keramat, di sini, petang kelmarin.
Jenazah Siti Rosminah dibawa ke kampung halamannya di Muar, Johor, sebelum selamat dikebumikan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi Instagram mengucapkan takziah atas pemergian aktivis teater terb@bit.

Kata Fahmi, Allahyarham Siti Rosminah pernah menjadi inspirasi kepada dirinya ketika bergiat aktif dalam bidang teater dulu.

"Berdukacita atas pemergian Rosminah Tahir, aktivis teater ternama tanah air. Allahyarham merupakan antara sumber inspirasi buat saya sebagai anak muda yang bergiat dalam bidang teater tidak lama dulu.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Takziah buat seluruh ahli keluarga," tulisnya.

Difahamkan, Allahyarham Siti Rosminah baru saja meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-65 pada 13 Mei lalu dan dia waktu itu dikatakan nampak sihat.

Sementara itu, sahabat baik yang juga penerbit teater, Siti Rohaya Attan berkata, kali terakhir mereka berhubung sekitar beberapa hari lalu.

Malah, Allahyarham Siti Rosminah sempat menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya, baru-baru ini.

"Ketika datang ke rumah, arwah tampak sihat," katanya.

Untuk makluman, Allahyarham Siti Rosminah pernah dilantik Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (Aswara).

Pada 6 hingga 8 Oktober tahun lalu, Allahyarham mengarahkan semula teater Lantai T Pinkie yang dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, selepas 17 tahun.

Allahyarham juga pernah mengarah teater berskala mega seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Li Po; Mak Dara Nyonya dan Anugerah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: