26 May 2024

DIPERS0AL KELUAR DALAM TEMPOH IDAH - ADIRA SUHAIMI JELAS DIA CERAI HIDUP, BUKAN BALU CERAI M4TI



"Saya bukan balu yang cerai m@ti. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi. Kalau duduk di rumah, siapa nak bagi makan anak-anak?"
Ujar penyanyi Adira Suhaimi yang menjawab pertanyaan netizen berhubung dia keluar dalam tempoh idah selepas bercerai dengan suaminya, usahawan Datuk Red.

Jelas Adira, dia bercerai hidup dan bukan pasangannya meninggal dunia. Katanya lagi, jika dia duduk di rumah siapa yang akan mencari rezeki buat anak-anaknya.

Sementara itu, Adira memberitahu, isteri yang kem@tian suami, juga dibolehkan keluar rumah jika ada urusan perlu dilakukan dan jika perlu bekerja mencari nafkah.

"Isteri yang dalam idah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan," katanya.

Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: