Takziah diucapkan kepada keluarga penyanyi dan pelakon, Nabil Zamanhuri atau lebih dikenali sebagai Nabil Mentor, 37, atas pemergiannya yang meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah Ampang, akib@t ser@ngan jantung, pagi ini.
Berita sedih ini disahkan oleh bapanya, Zamanhuri Kamarudin, 64, yang mengakui terk£jut dan menyifatkan kehilangan besar dalam keluarga dengan 'pemergian selamanya' anak tersayang yang juga rakan baiknya.
"Saya tak sangka, dia (arwah Nabil) yang pergi dulu daripada saya pada usia muda, 36 tahun (belum masuk hari lahir 13 September 1987).
"Kami baru berjumpa pada Ahad lalu ketika makan-makan di rumahnya dan dia okay saja. Cuma, nampak kurang sihat sebab dia ada batuk-batuk sedikit.
"Tapi, saya memang tak sangka arwah anak (Nabil) ada mas@lah jantung sebab dia tidak pernah ada sejarah s@kit jantung pun sebelum ini," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
"Namun, saya dimaklumkan arwah mendapat ser@ngan jantung dan ketika melihat jenazahnya di rumah, memang kuku-kuku pun biru. Jadi, memang jantunglah," katanya.
Ditanya juga pengebumian arwah, Zamanhuri menjelaskan, sekarang jenazah berada di Unit For£nsik Hospital Ampang dan dia masih menunggu sama ada perlu dilalukan 'p0st-mort£m' atau tidak.
Allahyarham Nabil kini berkeja di Unit Pembangunan Kandungan Bahasa Melayu Astro sejak lima tahun lalu.
Sebelum ini, dalam karier nyanyiannya, arwah pernah menyertai program pencarian bakat, Mentor musim pertama di TV3 pada 2005 dan menyandang gelaran naib juara.
Arwah Nabil juga pernah menghasilkan satu album, 'Dari Jauh' pada 2006 dan antara single nyanyiannya seperti 'Hati Ini', 'Hey Emma', 'Dari Jauh', 'Beku', 'Selangkah' (OST Aladdin) dan 'Kenangan Lama' (OST drama 'Ijab Kabut').
Dalam lakonan, dia pernah membintangi drama 'Seribu Erti' pada 2007, 'Kerana Kirana 2' (2008), 'Kamelia Katrina' (2009) dan 'Ijab Kabut' (2022), selain filem 'Aladdin' dan 'Boboiboy Movie 2' sebagai Kapten Kaizo (2019).
Pada tahun 2014, Nabil bertemu jodoh dengan wanita pilihan, Adelia Citra Hapsari dan mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, kini berusia tiga tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment