26 May 2024

YASIN SULAIMAN LUAH RASA SYUKUR, SEMAKIN SIHAT SEJAK TERIMA RAWATAN DI HOSPITAL



"Alhamdulillah, kalau dekat penjara dulu saya s@kit. Sekarang duduk di hospital makin sihat, malah ubat, makan dan tidur semuanya cukup."
Demikianlah kata penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman yang memaklumkan, dia merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Selain itu, Yasin turut meluahkan rasa syukur keadaanya kini semakin sihat berbanding ketika dipenjara dirinya s@kit.

Sementara itu, Yasin berharap k£s rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya berhubung k£s dad@h di Mahkamah Tinggi berakhir dengan cepat.

"Saya harap k£s (rayuan) berjalan lancar dan pantas supaya berakhir dengan cepat. Prosiding di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sudah selesai.

"Cuma dibawa ke Mahkamah Tinggi (kerana pendakwaan membuat rayuan), saya ikut pros£dur," ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Jun ini untuk pengurusan k£s seterusnya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan penyanyi itu oleh Mahkamah Sesyen, tahun lalu.

Pada 29 November lalu, mahkamah membebaskan penyanyi dan komposer berusia 49 tahun itu atas tiga tuduhan k£s dad@h.

Bagaimanapun, Yasin diarahkan untk ditempatkan di bawah jagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: