09 May 2024
EKIN AKUI SEJAK KAHWIN TAK PERNAH CEK TELEFON SUAMI - MAWI LUAH RASA SYUKUR USIA PERKAHWINAN SUDAH CECAH 16 TAHUN
"Saya percaya kalau berlaku ketidakjujuran, lambat laun Tuhan beri petunjuk. Kami tidak ada rutin periksa telefon bimbit masing-masing. Kami saling percaya. Saya tidak suka kongk0ng suami atau bertanya dia hendak ke mana setiap kali bergerak."
Ujar isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat yang menjelaskan, dia tidak suka mengongk0ng, mahupun memerika telefon suami kerana dia percaya jika pasangan tidak jujur, Tuhan akan memberikan petunjuk.
Dalam pada itu, Ekin turut mendedahkan Mawi tidak memandu dan tiada lesen, selain memaklumkan, bapa saudaranya merupakan pengurus kepada Mawi.
"Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani bapa saudara saya.
"Saya juga tidak pandai c£mburu atau mar@h kalau suami hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita. Saya tahu dia buat semua itu kerana kerja," katanya.
Sementara itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 43, berkata, dia meletakkan kejujuran sebagai kunci kebahgiaan sepanjang 16 tahun hidup bersama dengan isterinya itu.
Mawi dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur Allah memberikan kasih sayang antara dia dan isteri dan apa yang paling penting adalah kejujuran dalam rumah tangga.
"Alhamdulillah, Allah beri kasih sayang yang kuat untuk kami. Saya bersyukur usia perkahwinan kami sudah mencecah 16 tahun.
"Sejujurnya, tiada apa-apa rahsia. Tetapi bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah rumah tangga itu adalah kejujuran. Insya-Allah, jika pegang padanya, rumah tangga selamat," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment