09 May 2024

6 TAHUN 'KELUAR' TINGGALKAN KEHIDUPAN GELAND4NGAN - BEN NATHAN MUNCUL DENGAN SINGLE TERBAHARU, 'KEBAHAGIAANMU' : "SAYA INI 'STAR' (BINTANG), ADA PEMINAT"



Selepas 25 tahun 'menghilang' diri dari radar industri hiburan, penyanyi era 1980-an yang popular dengan lagu 'Stanza Sepi Sekeping Hati' iaitu Ben Nathan, 62, baru-baru ini telah tampil dengan single terbaharunya, 'Kebahagiaanmu' ciptaan sepenuhnya komposer dari Indonesia, yang kini menjadi taruhan dalam karier nyanyian.
"Saya ini 'star' (bintang), ada peminat. Seronok dapat nyanyi lagu dan saya memang rindu sangat nak menyanyi. Saya suka dengan lagu ini (Kebahagiaanmu) dan terima kasih kepada Datuk DJ Dave yang menjadi 'producer' (penerbit). Saya sayang dia (DJ Dave) sebab sangat baik melayan saya.

"Keluarga juga sokong saya dan seronoklah. Saya gembira sebab saya ini seorang 'bintang' kepada peminat-peminat yang sayang saya," ujar Ben yang sudah enam tahun 'keluar' meninggalkan kehidupan geland@ngan.

Berbicara kehidupan peribadinya, adik bongsu Ben dikenali Bob, 49, berkata, abangnya itu kini tinggal di sebuah rumah penjagaan di Petaling Jaya, selain dia juga bertindak sebagai penjaga.

"Keadaan abang saya, Ben sekarang dalam tahap kesihatan yang stabil, walaupun masih perlukan pengambilan beberapa ubat-ubatan tertentu, termasuk dibawa berjumpa doktor pakar sekali sebulan untuk pemantauan.

"Setakat ini, syukur dia (Ben) baik-baik saja dan kami sekeluarga juga tidak pernah meninggalkannya atau mengab@ikan Ben selama ini. Walaupun ada cakap-cakap kur@ng baik di luar sana yang mendakwa keluarga ab@ikan Ben, itu sama sekali berl@ku dan tidak benar," katanya.

Dalam pada itu, Bob yang berharap Ben yang juga anak ketujuh daripada 11 beradik itu berjaya dalam kemunculan semula berkenaan, berkata, kehadiran single 'Kebahagiaanmu' adalah pengubat rindu peminat terhadap Ben selama ini.

"Saya harap Ben akan berjaya dengan single ini untuk dia kembali bangk1t dan bersemangat dalam berkarya. Saya juga akan terus membuat perancangan untuk dia merakamkan single baharu keduanya tidak lama lagi.

"Saya yakin abang saya akan kembali berjaya mengatur kehidupannya dengan sokongan dan kasih sayang daripada kami sebagai ahli keluarga. Begitu juga dengan ibu saya yang selalu mendoakan Ben berjaya," tuturnya.

Sebelum ini, DJ Dave yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) adalah individu bertanggungjawab dan bertungkus-lumus membawa Ben Nathan keluar daripada kehidupan sebagai geland@ngan pada 2017 lalu.

Difahamkan, DJ Dave ialah satu-satunya individu dikenali dan disapa oleh Ben sewaktu penyanyi lagu 'Di Saat Engkau Disampingku' itu terserempak dengannya ketika di dalam kereta di sebuah lokasi di ibu kota.

Single 'Kebahagiaanmu' siap dirakamkan oleh Ben pada tahun lalu dengan menerima dana berjumlah RM20,000 daripada Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA) bagi tujuan berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: