09 May 2024

"SEBAGAI MANUSIA, SAYA JUGA LAKUKAN KESIL4PAN..." - NABILA RAZALI AKUI MASIH BELAJAR HAL RUMAH TANGGA, HARAP SEMUA ORANG HORMATI PRIVASI



Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali yang baru lima bulan berkahwin itu mengakui dia ketika ini masih lagi belajar mengenai alam rumah tangga.

Dalam pada itu, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkata, dia sangat berharap semua orang menghormati priv@si rumah tangganya dan suami yang masih dalam suasana berbulan madu lagi.

"Sebagai manusia, saya juga lakukan kesil@pan tapi saya akan berusaha untuk menjaga hal rumah tangga. Lebih baik saya simpan sendiri hal rumah tangga dengan suami. Saya baru lima bulan berkahwin dan masih lagi belajar alam rumah tangga dan perkahwinan lagi.

"Apa yang saya perlu ambil ambil tahu dalam perkahwinan ini ada tiga perkara iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah. Itu sahaja yang saya pegang. Kalau ada uj1an dalam rumah tangga pun biarlah yang ringan sahaja," katanya.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Nabila ketika ditanya mengenai isu artis yang berkongsi mas@lah rumah tangga di media sosial itu berkata, perkara berkenaan sudah berl@ku sejak dahulu lagi.

"Isu rumah tangga artis ini puncanya boleh jadi apa-apa pun dan bukan dari orang ketiga sahaja tapi diri kita sendiri dan pasangan. Sebab itu kita sendiri perlu berjaga jaga," ujarnya.

Tambah Nabila lagi, suaminya itu ada memberitahu dirinya bahawa uj1an rumah tangga setiap orang adalah berbeza-beza.
"Suami berpesan pada saya, bahawa uj1an dalam rumah tangga orang lain juga uj1an untuk diri kita menahan dari berkata-kata tentang orang lain.

"Bila kita tengok isu itu selalu keluar di 'feed' laman sosial, kita kena kawal mulut, mata dan telinga kita dari berkata-kata tentang orang lain. Apapun, saya berharap segalanya dipermudahkan untuk semua orang," tuturnya.

Untuk makluman, Nabila selamat bernikah dengan pilihan hatinya seorang ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, pada 18 November tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat masing-masing.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: