Akhirnya cita-cita penyanyi dan pelakon Siti Noordiana untuk mengadakan konsert solo kenangan indah menerusi konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, semalam.
Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu menyaksikan kehadiran ribuan peminat yang setia dan memberikan tenaga luar biasa kepada Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dimana dia mengaku gementar untuk beraksi seorang diri di atas pentas itu.
Apa yang menarik perhatian pada konsert terb@bit adalah segmen duet Nana bersama Allahyarham Achik Spin yang sebelum ini menjadi gandingan hebat satu ketika dahulu dan ditunggu-tunggu peminat.
Justeru bagi mengembalikan nostalgia lagu 'Memori Berkasih' yang dilancarkan pada 2001, Nana memilih untuk berduet dengan rakaman asal lagu itu sendiri.
Ini bermakna tiada penyanyi undangan yang dijemput untuk menggantikan Allahyarham Achik, sebaliknya suara asal Achik dimainkan untuk mengimbau memori lagu tersebut.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, pada konsert berkenaan, Nana tidak berhenti merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat, rakan media, pemuzik serta semua tetamu yang hadir pada konsert sulungnya itu.
"Sepanjang karier saya banyak memori p@hit yang saya lalui, dan konsert ini akan terus berada dalam lipatan memori berkasih saya. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga cita-cita saya nak buat konsert selepas 25 tahun dalam industri.
"Konsert ini tak lain tak bukan adalah untuk anda semua. Yang hadir malam ini terima kasih. Terima kasih datang dari jauh dan terima kasih terima saya seadanya.
"Terima kasih terima segala kekur@ngan saya dan ada masa j@tuh bangun saya, Insya-Allah saya terus berkarya kerana sokongan anda semua," kata Nana yang membuka pentas dengan lagu 'Amaran' sehinggalah ke lagu terakhir yang dinantikan peminat iaitu 'Paling Comel'.
Antara lagu lain yang disampaikan adalah 'Tak Upaya Menangis Lagi', 'Seribu Setia', 'Pelukanmu', 'Cinta Hanya Sandaran', 'Bukan Mengungk1t Tapi Memb@ngkit', 'Kasihmu Seakan Berubah', 'Arah Cinta', 'Nisan Cinta', 'Angkara', 'Terus Mencintaimu' dan 'Hatiku Milikmu'.
Tidak ketinggalan, persembahan lagu-lagu irama Malaysia seperti 'Benang Emas', 'Zapin Pak Ngah Balik', 'Bakawali' dan 'Joget Pilihan Jiwa'.
Turut hadir memberikan sokongan adalah rakan artis seperti Datuk Syafinaz Selamat dan Nubhan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment