10 May 2024

"MEMANG SUDAH TIADA HARAPAN... MUNGKIN SELEPAS INI SAYA AKAN HIDUP 'SINGLE'..." - DATUK RED REDA JIKA RUMAH TANGGA BERSAMA DATIN RED BERAKHIR



"Jika diihat secara atas kertas memang sudah tiada harapan. Mungkin selepas ini saya akan hidup 'single'. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan. Selepas ini saya kena fokus bangk1t demi anak-anak dan juga bayar hutang terdahulu."
Tutur usahawan Datuk Red yang memberitahu, dia reda seandainya rumah tangga bersama isteri pertama iaitu Datin Red turut berakhir dengan perceraian.

Ujar Datuk Red lagi, dia akur jika keputusan untuk bercerai adalah yang terbaik buat dirinya dan juga isteri pertamanya itu, selain berkata, dia mahu memberi fokus kepada anak-anak.

Sementara itu, Datuk Red berkata, fasa kehidupan selepas bercerai bukanlah suatu yang mudah, namun dia dan bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi terus mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.

"Mestilah ada rasa kec£wa lepas bercerai dengan Adira. Bukan mudah untuk saya terima perpiasahan antara kami. Namun disebalik itu, rasanya kami ini lebih elok sebagai sahabat.

"Walau sudah bercerai kami masih baik. Cuma bila Adira sudah ada pengganti nanti mungkin hubungan ini jadi rengg@ng.

"Kalau boleh kami nak jadi contoh pasangan bercerai yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa perlu turun naik mahkamah," katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Datuk Red dan Adir berakhir 24 April lalu selepas sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, Anggerik, Asan, Anggun dan Ayob.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: