10 May 2024

"TAK FAHAM YANG SUKA T£GUR-T£GUR ORANG DEKAT MEDIA SOSIAL, JANGAN MACAM INI JANGAN MACAM TU... AURAT ITU AURAT INI" - DIANA DANIELLE



Pelakon dan penyanyi Diana Danielle menerusi perkongsian di Insta Story, telah meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka menegur dan menjaga tepi kain orang lain terutama kehidupan selebriti.

Dalam perkongsian itu, Diana berkata, netizen juga perlu menjaga mata serta pandangan mereka jika menyentuh mengenai aurat apabila menggunakan media sosial.

Tambah isteri kepada pelakon Farid Kamil itu lagi, netizen juga mempunyai tanggungjawab untuk mengawal sendiri kandungan yang ditonton di media sosial.

"Tak faham yang suka t£gur-t£gur orang dekat media sosial, jangan macam ini jangan macam tu. Aurat itu aurat ini. Mata pun kena jaga juga, kalau betul nak jaga, jaga diri dulu dari terj£bak dengan media sosial.

"Lubuk segala fitn@h, t1pu daya semua lah. Sah sah melal@ikan, sah sah banyak benda yang tak patut tengok akan tertengok. Kalau lelaki nampak aurat perempuan dan sebaliknya. Yang tu tak pula nak jaga.

"Semua akaun media sosial ada, TikT0k, Instagram, Facebook, X, Youtube, beritahu saja. Kalau check time spent on phone, sekurang-kurangnya berjam-jam sehari just scrolling through content yang tak berfaedah,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Diana turut menasihati netizen untuk memberikan lebih perhatian kepada keluarga masing-masing daripada s1buk dengan urusan hidup orang lain.

"Tu selalu cakap, jaga diri dan keluarga dulu. Pantau mereka dulu tengok mereka c0nsume what kind of information on social media nowadays.

"Kalau you kisah dengan kehidupan sendiri, you takkan ada masa nak do0m scr0ll and dr0p rand0m DMs kepada orang tak kenal. Ni s1buk betul nak jaga aurat anak orang, anak sendiri entah ke mana.

"S1buk nak tahu siapa cur@ng siapa apa, laki bini sendiri terab@i. Sibuk nak tolong siram rumput jiran sebelah, rumah sendiri bersar@ng. Berhenti. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain," tulis ibu kepada dua cahaya mata ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: