10 May 2024

ISU DAKWAAN SUDAH BERCERAI - HISYAM HAMID BELUM SEDIA ULAS



"Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini (isu sudah bercerai). Saya akan beri kenyataan bila sampai masanya kerana banyak fakt0r penting yang perlu diambil kira terutama untuk menjaga hati dan perasaan anak-anak."
Demikian ujar pelakon Hisyam Hamid, 38, yang belum bersedia untuk mengulas dakwaan dia sudah bercerai dengan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel seperti heboh diperkatakan ramai, sejak setahun lalu.

Kata pelakon yang berasal dari Singapura itu lagi, setiap perkahwinan pasti akan berd£pan dengan mas@lah dan ada pasang surutnya.

Selain itu, Hisyam ketika ditanya mengenai hubungannya dengan isteri yang juga pengurusnya, menjelaskan, Mel masih menjadi pengurus dan mengatur kerjaya seninya seperti biasa.

"Hubungan kami sampai sekarang okay dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak pada Aidilfitri, baru-baru ini. Cuma ada perkara yang 'personal' (peribadi) yang saya belum boleh komen lagi," katanya.

Dalam pada itu, ditanya pula sama ada dia terk£jut dengan sp£kulasi berkaitan rumah tangganya itu, Hisyam mengulas, perkara itu sudah setahun diperkatakan orang.

"Saya faham sebagai 'public figure' semua orang nak tahu mengenai perkara itu (isu rumah tangga). Saya tak terk£jut pun sebab perkara itu sudah lama diperkatakan.

"Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan ramai juga yang turut mendoakan (rumah tangga) kami.

"Siapa yang faham, fahamlah. Saya juga sangat berterima kasih dengan rakan wartawan yang menghormati dan memahami dalam hal ini," tuturnya.

Untuk makluman, Hisham berkahwin dengan Rosmawati Hanafi atau Mel pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: