"Saya sedar ramai cakap nama disebut-sebut (menjadi pengacara Melodi). Tetapi, buat masa ini, saya tidak terima sebarang tawaran lagi. Namun, jika diberi peluang dan semuanya okay serta ada rezeki, Insya-Allah, saya tidak tolak."
Itulah jelas artis serba boleh, Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom, dimana dia menolak sp£kulasi bakal mengacarakan program hiburan popular terbitan TV3, Melodi, seperti yang pernah diperkatakan.
Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, berkata, hingga hari ini, dia masih belum menerima tawaran mengendalikan program itu.
Namun begitu, penyanyi 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu memberitahu, dia tidak menolak jika suatu hari nanti, tawaran untuk mengacarakan program itu, tiba.
Tambah Elly lagi, dakwaan dirinya bakal menjadi pengacara Melodi itu timbul barangkali disebabkan pernah menjadi pengacara jemputan program hiburan itu.
Klik untuk gambar besar
"Jadi, pada saya, perkara itu tiada isu pun untuk k@itkan saya bakal menjadi pengacara Melodi," ujarnya yang turut mengesahkan dirinya bergerak sendiri dan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro.
"Selepas k0ntrak bersama Astro tamat, awal tahun ini, saya bergerak sendiri bersama pasukan saya. Kami tidak mempunyai mas@lah. Saya tidak akan lupakan jasa Astro sampai bila-bila dan kami masih bekerjasama.
"Kerjasama itu berdasarkan projek sahaja... Saya tidak mahu terikat," kata Elly yang meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment