17 May 2024

NASIR SEARCH BERPENDAPAT CADANGAN PEMINAT TIDAK SESUAI



Baru-baru ini, peminat Search telah memberi cadangan agar nama kumpulan legenda ini dapat digunakan oleh individu-individu yang pernah berkaitan dengan Search.
Berhubung cadangan itu, pemain bass kumpulan Search iaitu Nasir Daud, 65, berkata, cadangan peminat itu tidak perlu diberi perhatian.

Ujar Nasir, perkara itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana Search adalah satu institusi yang perlu dihormati.

"Cadangan itu, tak perlulah diberi perhatian. Benda sebegini tak pernah terj@di dan kebanyakan benda-benda p£lik ini, berl@ku di Malaysia sahaja. Saya rasa tak sesuai (untuk menggunakan nama Search).

"Kalau Search nak 'groom' (latih) dia punya legasi, kami akan pilih bakat-bakat baharu dan satu masa, mereka akan teruskan legasi Search ini daripada dijadikan satu jenama yang nak digunakan dalam pasaran untuk pelbagai produk.

"Jenama Search ini adalah satu institusi yang orang boleh rujuk. Ini bukan baju, atau makanan atau apa. Ini satu institusi dan tolong hormatinya.

"Saya rasa, adalah lebih baik dan lebih ilmiah kalau Search pergi ke kolej-kolej atau universiti untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama generasi baharu.

"Kemudian, kami boleh kongsikan bagaimana Search dapat bertahan hampir lima dekad. Saya rasa, cara itu lebih sist£matik dengan turun ke tempat-tempat begitu," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, dia dan anggota Search iaitu Datuk Amy, Man Kidal serta Hillary Ang juga pernah ditawarkan untuk turun ke institusi pengajian tinggi dan berkongsi ilmu.

"Secara individu, ada jemputan yang kami terima. Tapi, kami sedang merancang untuk turun ke kolej dan universiti sebagai satu kumpulan.

"Kami nak kongsi pengalaman kami dan jadikan motivasi kepada generasi baharu untuk berjuang dalam kehidupan mereka, daripada kita melaung-laungkan, siapa yang boleh 'pakai' nama Search," tuturnya.

Selain itu, ditanya pula mengenai isu r0yalti daripada album Rockology Search: Kid'Din Collection yang dikeluarkan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid tanpa pengetahuan mereka (Search yang dianggotai Nasir, Amy, Man dan Hillary), Nasir mengulas, tind@kan yang bakal diambil adalah mengikut saluran yang betul.

"Kami tak mahu cakap apa-apa dah. Bukan ab@ikan atau apa, tapi kita rehat dahulu buat sementara waktu. Apa pun nanti biarlah saluran yang betul. Saya tak katalah nak pergi ke mahkamah, tapi saluran yang betul.

"Kami tak tunggu apa pun. Kami tak kisah. Nak cakap, cakap. Benda ini dah tul@r dan semua orang dah tahu. Cuma, kalau ada pun, saya rasa saya tak nak sentuh sebab nanti melar@t-lar@t," jelasnya.

Terbaharu, Search akan mengadakan Konsert Search Symphonic Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 21 September depan di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

Konsert anjuran Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) itu bakal menyaksikan Search mempersembahkan lagu-lagu popular mereka, menggabungkan muzik Rock dan orkestra dan diiringi 30 pemuzik orkestra.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: