30 May 2024

NORISH KARMAN LUAH RASA SEDIH & KEC£WA BANYAK TAWARAN BERLAKON DITERIMANYA MEMINTA BUKA TUDUNG



"Sejak saya bertudung pada 2018, saya tidak mendapat tawaran berlakon dan ia memberi k£san besar pada sumber kewangan dan ekon0mi keluarga.
"Selepas bercerai, saya juga tidak dapat sebarang harta daripda bekas suami. Rumah dan kereta dimiliki dengan hasil usaha sendiri bersama anak-anak.

"Saya juga berhemp@s-pul@s untuk membesarkan lapan anak (empat anak angkat) sejak 12 tahun bergelar ibu tunggal."

Demikian jelas pelakon, Norish Karman, 50, dimana dia meluahkan sedih dan kec£wa apabila banyak tawaran berlakon yang diterima memintanya untuk membuka tudung sejak beberapa tahun lalu.

Ujar Norish, dia pernah bertanya pandangan anak-anak untuk membuka tudung ketika berlakon tetapi tidak dipersetujui mereka.

"Sebagai manusia, iman kita turun dan naik. Saya akui cab@ran besar untuk terus istiqamah.

"Saya juga berharap dapat undangan persembahan nyanyian seperti acara korp0rat, majlis kahwin dan sebagainya selepas ini kerana tidak perlu untuk membuka tudung," kata pelakon filem 'Sayang Salmah' itu.

Difahamkan, Norish pernah mewakili negara menerusi pertandingan World Championship Of Performing Arts (WACOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2010.

Kali terakhir Norish berlakon ialah watak pembantu dalam drama 'Perempuan Itu' yang bersiaran di TV3 sebelum ini.

Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Norish berkongsi bahawa banyak tawaran lakonan dan pengacaraan yang ditawarkan memintanya untuk membuka tudung.

Norish dalam masa sama juga mempers0alkan adakah rambutnya yang menjadi subj£k utama untuk orang menilai bakat lakonannya itu.

Selain itu, Norish turut meminta pandangan daripada pengikutnya di Instagram jika dia buat keputusan untuk menanggalkan tudung demi untuk mendapat tawaran berlakon.

Perkongsian Norish turut mendapat maklum bal@s daripada pengikutnya termasuk rakan artis yang meminta dirinya supaya terus istiqamah.

Untuk makluman, Norish pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 dan bercerai pada 15 Julai 2008.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25; Muhammad Hady Amieran, 21 dan Nur Hanyz Amanda, 20.

Norish turut memiliki seorang lagi anak Haq Alexander, 13 dan empat anak angkat iaitu Hasbi Fadullah, 13; Hasya Farahiya,11; Haziq Fadillah, 10; dan Hazra Farisya, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: