08 May 2024

PENYAMPAI RADIO VETERAN DAN PENULIS LIRIK, DATUK CHUARI SELAMAT SIFATKAN ALLAHYARHAM HAIL AMIR AMAT MUDAH BEKERJASAMA



Penyampai radio veteran dan penulis lirik, Datuk Chuari Selamat menyifatkan penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir seorang yamg amat mudah bekerjasama.
Bukan itu sahaja, Chuari turut berkata, Allahyarham Hail Amir juga seorang yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan dan tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka terhadapnya.

"Bagi saya, arwah seorang penyanyi yang mudah untuk menerima lirik yang saya tulis. Jadi, banyak kenangan bersama arwah, dia sangat mesra dan sentiasa ingat kepada kawan.

"Bila dalam majlis yang dia menyanyi, dia takkan lupa menyebut lagu itu ciptaan siapa kerana ada sesetengah penyanyi selalu lupa perkara itu. Jadi, itu antara kelebihan yang ada pada arwah," ujarnya yang sudah menulis hampir 100 lirik lagu untuk arwah Hail Amir.

Dalam pada itu, Chuari yang terkenal dengan kemahiran berpantun di menerusi radio RTM itu memberitahu, suara arwah Hail Amir mempunyai keunikan tersendiri, malah bersifat malar segar dan menjadi siulan sehingga hari ini.

"Seingat saya hampir 100 lagu yang liriknya saya tulis untuk Hail. Bukan ciptaan daripada Tan Sri Ahmad Nawab saja, tapi daripada komposer lain juga termasuk yang menerbitkan album beliau.

"Kebanyakan lagu untuk arwah akan diberi kepada saya untuk saya tulis lirik. Sejak album pertama arwah lagi, iaitu Wajah Kesayangan Hamba. Ketika itu saya diberikan melodi oleh Tan Sri Ahmad Nawab dan diperkenalkan kepada Hail yang waktu itu masih baharu dalam nyanyian," tuturnya.

Sebagai kenalan lama, Chuari dalam masa sama juga menjelaskan, lakonan arwah Hail Amir terutama menerusi filem pertamanya, 'Jiwa Remaja' sangat memberi k£san sehingga perwatakan dan penampilannya menjadi ikutan ramai.

"Dari segi lakonan, sejak filem pertamanya, watak dibawakan arwah sangat baik dan memberi k£san kepada saya. Saya sangat terk£san dengan lakonannya.

"Saya rasa walaupun dia bermula sebagai penari sebelum menjadi penyanyi dan pelakon, dia boleh digelar seorang penghibur," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: