Pengunduran pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 33, baru-baru ini telah meng£jutkan ramai pihak apabila mengumumkan tidak lagi bersama kumpulan yang dianggotainya sejak 10 tahun lalu.
Berhubung hal tersebut, Fendy Adlun, 33, menerusi facebook telah tampil mengulas mengenai pengundurannya dari kumpulan terb@bit.
Kata Fendy, Caliph Buskers tiada tawaran menyanyi sejak kebelakangan ini dan dia memberikan cadangan yang kurang disenangi anggota lain.
"Saya sebenarnya dibuang. Saya minta tukar pengurusan dan cari pengurus yang berpengalaman untuk uruskan Caliph Buskers.
"Cadangan ini dilihat agak dr@stik dan k£ras. Mungkin itu yang buat ahli-ahli lain tak bersetuju dengan saya. Jadi saya dibuang.
"Sebenarnya ada seorang individu dalam kumpulan ini yang tak nak saya. Katanya untuk kemajuan Caliph Buskers dia pilih untuk saya keluar.
Dalam pada itu, akui Fendy, dia dengan rela hati keluar atas saranan itu, namun katanya, tidak dinafikan perasaan sedih tetap ada.
Klik untuk gambar besar
"Rasa terkil@n pun ada juga bila mengenangkan semua kesal@han saya termasuk yang lama dibuka semula oleh orang itu. Moga ketiadaan saya boleh majukan Caliph Buskers dan buat mereka lebih ke depan.
"Dengan harapan tiada saya, mas@lah mereka selesai," ujarnya yang dalam masa sama turut memberitahu, dari sisi lain, dia kini bebas berkarya sebagai pemain dram bebas.
"Sesiapa nak undang saya main dram amat dialukan. Mana-mana pihak yang tiada pemain dram, nak tubuhkan band boleh panggil saya.
"Saya perlu mencari kerja untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggal, Nur Azalea Zafirah, 9, yang juga cac@t penglihatan.
"Saya tak kisah sertai band berstatus Orang Kurang Upaya atau normal. Tapi band OKU dalam arus utama industri muzik memang tiada kecuali Caliph Buskers.
"Saya teringin juga nak cuba bekerja dengan band normal. Mungkin ia akan jadi pengalaman baru buat saya dalam karier," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment