08 May 2024

TOLAK TAWARAN BERLAKON DENGAN ALIFF AZIZ - UMMI NAZEERA MAHU JAGA PERASAAN ORANG SEKELILING



"Saya memang sel£ktif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya. Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama 'Dia Dari Syurga'.
"Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat sal@h dengan saya tetapi saya cuma mahu el@k menggur1skan hati sesiapa."

Demikian jelas pelakon Ummi Nazeera yang menolak tawaran berlakon dengan penyanyi dan pelakon sens@si, Aliff Aziz demi menjaga perasaan orang sekeliling.

Kata Ummi, meskipun pernah bergandingan dengan Aliff dalam drama 'Dia Dari Syurga', namun dia berbuat demikian kerana mahu mengel@k dari mengur1skan hati orang lain.

Tambah pelakon itu lagi, dia tidak pernah menghubungi Aliff, namun sering berkomunikasi ketika penggambaran dan suami kepada Bella Astillah itu juga sering meminta pertolongan dari segi lakonan.

"Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah 'overlimit' melebihi had.

"Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu," katanya.

Selain itu, Ummi berkata, dia hanya mendoakan yang terbaik buat Aliff selepas terp@lit kontr0versi dengan beberapa pihak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: