20 May 2024

"SAY SORRY, APATAH LAGI BAGI BUNGA, YA ALLAH.. SAYA AKAN TERUS OKAY" - BELLA ASTILLAH BANDINGKAN DENGAN ANAK KEDUA, DEDAH DIRINYA SENANG DIPUJUK & TIDAK MER4JUK LAMA



Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 30, telah mengakui sik@pnya dengan anak perempuannya iaitu Ara Adreanna sangat berbeza.

Ini kerana dedah Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah, dirinya seorang wanita yang senang dipujuk dan tidak mer@juk lama.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh sebuah produk kecantikan, kelihatan anak perempuan Bella itu sedang mer@juk.

Kata Bella lagi, anak keduanya itu seorang yang sangat gar@ng serta berbeza dengan anak sulungnya, Ayden Adrian disifatkan seorang yang lembut hati.

Klik untuk gambaar besar

"Saya tak macam tu. Saya seorang yang kalau mer@juk sekejap sangat. Say sorry, apatah lagi bagi bunga, Ya Allah.. saya akan terus okay.

"Ayden pun macam tu juga. Dia lembut hati. Ara gar@ng sebab dia anak nombor dua kot, sangat gar@ng," ujarnya.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan Bella itu.

Malah, ramai yang mengatakan Bella seorang yang lembut hati dan disebabkan itu dapat bersabar dengan suaminya yang penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: