19 May 2024

BILA YUSRY KRU KONGSI TIPS KEKAL KEBAHAGIAAN DALAM RUMAH TANGGA



"Saya bukan pakar untuk berbicara mengenai formula terbaik dalam mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.
"Sebenarnya terpulang kepada keserasian. Tak semua formula boleh diaplik@sikan dalam setiap bahtera perkahwinan.

"Tidak semestinya, si p0lan ini menggunakan sesuatu formula itu akan berkekalan sehingga hujung nyawa. Tidak, kerana tiada jaminan dalam perihal itu.

"Pucuk pangkalnya, sama ada serasi atau tidak dengan pasangan. Apabila tidak serasi, itu berbalik kepada toleransi."

Itulah kata penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU, 51, dimana dia berpendapat, dirinya bukan pakar untuk berkongsi formula atau tips mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Jelas Yusry, berdasarkan pandangan peribadinya, menyifatkan sikap toleransi dan komunikasi sesama pasangan penting bagi memastikan keharmonian bahtera perkahwinan.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Datin Lisa Surihani, 38, berkata, kunci kepada toleransi adalah komunikasi dan perlu sentiasa terbuka meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Ini yang mana, kita perlu memberitahu kepada pasangan apa perkara yang disukai dan tidak digemari dalam hubungan.

"Ini adalah asas dalam rumah tangga yang perlu dibuat. Hidup ini bukan saja mengenai diri kita seorang, tetapi memb@bitkan pasangan juga.

"Bukan saja kita perlu membahagiakan pasangan, sebaliknya pasangan juga perlu membahagiakan diri kita," tuturnya.

Untuk makluman, Yusry mendirikan rumah tangga bersama Lisa pada 23 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne, 7, dan Yunos Laith, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: