19 May 2024

SELEPAS BERCERAI DENGAN DUA ISTERI - DATUK RED AKUI KINI SELESA TINGGAL & TIDUR DI DALAM KERETA : "ALHAMDULILLAH SAYA MASIH DIBERI KESIHATAN YANG BAIK"



"Saya kini selesa tinggal dan tidur di dalam kereta. Tiada masalah pun. Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan yang baik. Jangan ris@u dan tak usah ris@ukan saya. Terima kasih semua.
"Saya juga berkemampuan untuk menyewa rumah atau bilik, cuma sekarang nak biasakan dan mengajar diri saja. Semua ini (bercerai) masih baharu berl@ku pada Selasa lalu."

Jelas usahawan yang kini 'Tikt0ker', Datuk Red menerusi hantaran video di TikT0k, dimana dia menyifatkan lebih selesa menjadikan keretanya sebagai tempat tidur kerana proses pembelajaran yang perlu dibiasakan selepas bercerai dengan dua isterinya, baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 46, bercerai talak satu dengan isteri keduanya iaitu penyanyi Adira Suhaimi, 32, pada 24 April lalu, diikuti perceraian dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red, 38, pada 14 Mei lalu.

Selain itu, bapa kepada 11 orang anak ini berkata, dia juga banyak menerima mesej daripada orang ramai yang menawarkan pertolongan seperti hendak tump@ngkan kediaman dan beri tempat tinggal, namun dia menolaknya dengan baik.

"Terima kasih banyak-banyak. Bukan saya tak mahu, tetapi saya mal@s nak sus@hkan orang. Saya juga semakin selesa begini.

"Lagi pun, sebuah bilik yang saya sewa untuk dijadikan ruang perniagaan, kini di dalam proses ubah suai lagi dan sebabkan itu jugalah saya terpaksa bermalam dalam kereta," katanya.

Menerusi perkongsian hidup selama 18 tahun bersama Datin Red, mereka dikurniakan lima orang anak, manakala sembilan tahun berkahwin dengan Adira, dianugerahkan empat orangbanak iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, Datuk Red yang pertama kali berkahwin pada usia awal 20-an turut memiliki dua anak daripada perkahwinan lalunya yang berakhir dengan perpisahan, sebelum bertemu jodoh bersama Datin Red dan Adira.

Pada perceraian dengan dua isterinya dalam tempoh tiga minggu itu, Adira dan Datin Red juga masing-masing tidak menuntut sebarang nafkah kepada bekas suami mereka kerana enggan menyus@hkan Datuk Red.

Terdahulu, Datuk Red ada membuat pendedahan dia kini berstatus mufl1s sejak 2019 lalu apabila perniagaan hartanah dijalankannya gag@l sehingga perlu men@nggung hut@ng kira-kira RM7 juta, malah pernah disara Adira kerana tiada pekerjaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: