29 May 2024

"SAYA ADA MIMPI ARWAH... MUKA DIA SANGAT BERSIH, PUTIH BERCAHAYA & DEKAT PIPI DIA TIMBUL URAT-URAT WARNA HIJAU" - INA NAIM



"Saya ada mimpi arwah. Mimpikan dia sangat seronok dan saya tidak sedih. Semua mimpi tentang dia, apabila bangun tidur saya senyum saja."
Itulah tutur penyanyi Ina Naim yang mendedahkan dia pernah bermimpi bertemu arwah suaminya, Suhaimi Saad, selepas hampir enam bulan pemergiannya

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina memberitahu, selepas mimpi, dia bangun dari tidur dengan rasa gembira dan tidak sedih.

"Saya ada mimpi arwah. Mimpikan dia sangat seronok dan saya tidak sedih. Semua mimpi tentang dia, apabila bangun tidur saya senyum saja," katanya.

Difahamkan, Ina berkongsikan perkara itu selepas ditanya oleh pengikutnya, dimana jelasnya, dalam mimpi tersebut dia melihat wajah arwah suaminya sangat bersih dan bercahaya.

"Saya mimpi dia dah tiga kali dalam keadaan yang sama di meja makan. Ada air kemudian dia tundukkan muka dan senyum.

"Muka dia sangat bersih, putih bercahaya dan dekat pipi dia timbul urat-urat warna hijau. Saya rasa dia sangat selesa dekat sana, apabila saya terjaga dari tidur saya akan bacakan doa untuk hilang rindu," ujarnya.

Terdahulu, Suhaimi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail pada 15 November tahun lalu akib@t jangk1tan kum@n di paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: